Ayuh, DAFTAR SEGERA! Buktikan Mahasiswa Malaysia TIDAK MANDOM!

Sebarang pertanyaan, cadangan dan komentar boleh diajukan terus kepada: kongresmahasiswa@gmail.com

Hantarkan Nama penuh, Kampus & No. Tel anda dan emailkan penyertaan anda ke :daftarkgmn@gmail.com

Hubungi : 013-4061946 (Taufik)

ATUR CARA PENUH PROGRAM
KONGRES GERAKAN MAHASISWA NASIONAL II
PERINGKAT KEBANGSAAN 2011
PADA 12 MAC 2011 (SABTU), 8.00 PAGI – 11.30 MALAM
DI PUSAT KONVOKESYEN KUIS, BANGI


12 Mac 2011 (Sesi Pagi) 8.00 pg– 1.00 ptg

Masa
Perkara
8.00 pg
Ketibaan dan pendaftaran mahasiswa
8.30 pg
Ucapan Aluan dan taklimat oleh
Saudara Mohd Taufik B Abdul
Pengarah,
Kongres Gerakan Mahasiswa Nasional ke-2 (KGMN ll)
8.45 pg
Ucapan Penangguhan MPMN 10/11
Saudara Mohd Fadzil bin Jamal
Pengerusi,
Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) sesi 2010
9.00 pg
Taklimat pengundian dan proses kempen Pemilihan  Pengerusi MAPMN sesi 2011/2012
9.30 pg
Tayangan video pengenalan barisan kepimpinan baru MPMN
10.00 pg
Proses pengundian bermula
11.00 pg
Masa pengundian ditutup
11.15 pg
Rehat dan minum pagi
11.30 pg
Pelancaran dan perbentangan Gagasan  Kerajaan Mahasiswa
Oleh Saudara Mohd Taufik B Abdul
Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional 
12.00 tgh
Pengumuman Keputusan pengundian dan penyerahan kuasa kepimpinan MPMN
12.30 tgh
Ucapan pembukaan Presiden MPMN yang baru
1.00 ptg
KGMN berhenti rehat/ Hidangan tengah hari


























12 Mac 2011 (Sesi Petang) 2.00 ptg – 4.30 ptg

2.00 ptg
Ucapan penangguhan Mantan Pengerusi SMM 10/11
Oleh Saudara Mohd Shazni Munir Ithnin,
2.30 ptg
Tayangan video sorotan setahun SMM 2010/2011
2.45 ptg
Sesi perbahasan bermula
Pembentangan usul atau cadangan daripada perwakilan setiap kampus
4.00 ptg
Sesi perbahasan ditutup.
Setiap usul dan cadangan akan direspon oleh barisan kepimpinan SMM
4.45 ptg
Pengumuman barisan baru kepimpinan SMM
Oleh Pengerusi SMM 10/11.
Simbolik penyerahan bidang kuasa kepada pengerusi yang baru.














12 Mac 2011 (Sesi Malam) 8.00 mlm – 11.30 mlm

8.00 mlm
Ucapan Pembukaan Pengarah KGMN ll
Sdra Mohd Taufiq Abdul
Pengerusi Pro Mahasiswa Nasional
8.30 mlm
Persembahan Mahasiswa
8.45 – 9.35 mlm
Pidato Pimpinan Negara
10.20 mlm
Persembahan Mahasiswa
10.30 – 11.00 mlm
Pidato Mahasiswa
11.30 pm
Penutupan
Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Pro Mahasiswa Nasional




SURAT DARI PEMBACA : PENYERTAAN KONGRES TERBUKA

from : ******
to : kongresmahasiswa@gmail.com
dateTue, Mar 8, 2011 at 5:17 PM
subject : Penyertaan selain mahasiswa IPTA


Assalamu'alaikum wbt..

Saya nak tanya, Kongres Gerakan Mahasiswa Nasional 2011 pada 12 Mac 2011 ini (sabtu) di KUIS, Bangi, adakah penyertaan terbuka kepada semua mahasiswa IPTA/IPTS shj.. kalau macam kami pelajar asasi, matrikulasi, Darul Quran atau yang membuat persediaan utk ke luar negara (preparation), boleh tak hadir sekali..?

Harap dapat bg respons.. 

Wallahu'alam..

__________________________________________________________________________________________


Jawapan :


PENYERTAAN KONGRES INI TERBUKA KEPADA MAHASISWA/I IPTA/IPTS (POLITEKNIK, INSTITUT PERGURUAN, ASASI, PERSEDIAAN DLL) YANG BERADA DI DALAM MAHUPUN DI LUAR NEGARA, BARISAN KEPIMPINAN KAMPUS DAN BADAN-BADAN BEBAS PENGERAK MAHASISWA NASIONAL

JANGAN LEPASKAN PELUANG SERTAI KAMI!

AYUH, DAFTAR PENYERTAAN ANDA SEGERA!! : daftarkgmn@gmail.com


BICARA SISWA





PENA SISWA

Mahasiswa Berkualiti, 

Agen Transformasi Masyarakat


Mahasiswa merupakan generasi pelapis bagi hampir setiap bidang atau perkara yang telah mereka mahirkan ketika mana masih menuntut di universiti mahupun tempat menuntut ilmu. Sedarkah kita, masih banyak perkara yang perlu kita mahirkan lagi sama ada berkaitan dengan kepimpinan, keyakinan diri dan sebagainya.


Faktor utama yang menyebabkan mahasiswa sekarang kelihatan agak mundur dari aspek selain dari bidang keilmuan adalah faktor psikologi dan faktor sosiologi. Psikologi bermaksud kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dengan perlakuan manusia dan haiwan; pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu; dan kebijaksanaan memahami sifat manusia. 


Manakala sosiologi pula membawa maksud ilmu yang membicarakan apa yang sedang terjadi saat ini, khususnya pola-pola hubungan dalam masyarakat serta berusaha mencari pengertian-pengertian umum, rasional, empiris serta bersifat umum.


Walaupun kedua-duanya mempunyai perbezaan yang nyata namun kedua-dua perkara ini mempunyai hubungkait yang amat rapat dan saling bergantungan. Dalam proses seseorang kanak-kanak meningkat ke alam remaja dan dewasa, kedua-dua faktor ini perlu dikukuhkan dalam diri setiap individu sebagai kekuatan untuk mereka melangkah ke hadapan.

Jika ditanya pada saya, adakah
 mahasiswa sekarang boleh dikatakan “LESU”. Jawab saya adalah “YA”. Perkara ini pernah dibangkitkan oleh kumpulan saya semasa di Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar IPTA 2010 yang diketuai oleh YDP MPMUM untuk diketengahkan ke peringkat Nasional. 


Saya yakin sekiranya
 mahasiswa sekarang cakna dengan perkembangan di sekeliling kita, Insyaallah, mahasiswa kita selayaknya untuk digelar ‘IKON’ sekiranya 4 perkara ini dapat diseimbangkan iaitu Keilmuan/Pengetahuan, Kerohanian/Keperibadian, Psikologi/Pemikiran dan Sosiologi.Mahasiswa kita perlulah seimbang antara satu sama lain agar emosi tidak kuasai diri.


Sebagainya contoh, program University Social Responsibility Universiti Teknologi Malaysia di Bukit Katil, Melaka 2010 (USR-UTM@Melaka’10) yang diketuai oleh saya sendiri selaku Pengarah Program menerapkan keempat-empat aspek ini sebagai asas pembangunan modal insan yang diketengahkan sebagai agenda merealisasikan matlamat program yang bertemakan “MahasiswaAgen Transformasi Masyarakat”

.

Keilmuan/Pengetahuan iaitu melibatkan kemahiran, ilmu kepakaran dan pengetahuan oleh mahasiswa bagi Pembinaan Tugu 1 Malaysia dan Wakaf. Kerohanian/Keperibadian iaitu majlis tahlil/yasiin dan program anak angkat yang dapat menunjukkan keperibadian generasi hari ini masih dapat mendepani masyarakat sekitar.


Psikologi/Pemikiran iaitu kita merealisasikan kajian selidik kawasan setempat berkenaan dengan aspek-aspek yang perlu diketengahkan di Parlimen Bukit Katil berdasarkan respon atau maklum balas yang diperolehi. Dan sosiologi pula iaitu kenduri sekampung, sukan-sukan perdana, kembara desa dan sebagainya lagi.



Program ini dapat dijadikan contoh sebagai langkah
 mahasiswasekarang mampu untuk mentransformasikan landskap pemikiran generasi muda yang sering dikaitkan dengan Mahasiswa sebagai ‘Lesu’. Tiada bicara dapat dibuktikan sekiranya hanya tin kosong sahaja yang berdentum-dentum, tetapi inilah bukti yang mampu ditunjukkan oleh Mahasiswa UTM IC dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka. 



Setiap peringkat dan lapisan, masing-masing mempunyai kelebihan dan kemahiran yang perlu dikutip oleh setiapmahasiswa
 semasa di universiti. Bidang Keilmuan menjadi keutamaan dan seterusnya kepimpinan, rantaian, kemahiran, dan sebagainya lagi merupakan bidang-bidang yang perlu bergerak seiring sebagai persediaan awal kita dalam menempuh hari kemudian.



Lambakan buku-buku motivasi, strategi organisasi dan sebagainya yang menyentuh segala aspek untuk dikuasai dan dihayati olehmahasiswa. Lambakan ini menunjukkan betapa pentingnya ilmu-ilmu sedemikian. Dato’ Saifuddin Abdullah, Dr Mujahid Yusof Rawa dan beberapa lagi pemimpin muda politik yang dilihat dari latar belakangnya merupakan
 mahasiswa yang dianggap dapat menguasai segala aspek yang diperbincangkan di atas.



Belajarlah dari kesilapan supaya kesilapan itu dapat diperbaiki dan menjadi lebih baik dari semasa ke semasa supaya istilah/isu “Mahasiswa
 Lesu” itu benar-benar dikuburkan pada generasi akan datang. Mahasiswa yang berkualiti adalah mahasiswayang dapat menyeimbangkan antara duniawi dan ukhrawi.Mahasiswa yang berpotensi adalah mahasiswa 
yang dapat kuasai 4 perkara iaitu ilmu pengetahuan, rohani/keperibadian, psikologi/pemikiran dan sosiologi.

KGMN II : PENGUMUMAN

KONGRES GERAKAN MAHASISWA NASIONAL II



          PENGENALAN

Kongres Gerakan Mahasiswa Nasional adalah kesinambungan daripada Kongres pertama yang telah dijalankan pada tahun lalu. Dengan bertemakan Mahasiswa Untuk Malaysia, kongres ini dilaksanakan dengan kerjasama seluruh aktivis gerakan mahasiswa yang bersatudi bawah nama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). Selain matlamat kesatuan, kongres ini juga berperanan besar dalam memperjelaskan kepada seluruh masyarakat mengenai halatuju gerakan mahasiswa Malaysia. Diharapkan KGMN ini mampu dijadikan aktiviti tahunan dalam membina dan memelihara dimensi perjuangan mahasiswa agar terus relevan dengan pergerakan arus perdana.

         FALSAFAH PENGANJURAN KGMN II

    a) KGMN berperanan untuk menghimpunkan kekuatan mahasiswa sebagai simbolik kepada kesatuan anak muda yang sentiasa bersiaga untuk membina negara yang lebih baik.
    b) KGMN berperanan untuk memasarkan idealisme mahasiswa pasca 2011 dalam menuju kuasa autonomi dalam universiti.
     c) KGMN berperanan untuk mengetengahkan inspirasi mahasiswa kepada masyarakat umum bahawa anak muda sentiasa bersedia untuk menjadi tentera kepada rakyat.

                  OBJEKTIF

      a) Melantik barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Mahasiswa Negara (MPMN) untuk sesi 2011/2011
       b) Melantik kepimpinan baru Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
       c) Pelancaran manifesto Kerajaan Mahasiswa
       d) Medium untuk mahasiswa melontarkan inspirasi dan berkongsi idealisme.

HEBAHAN - FORUM MAHASISWA MALAYSIA - MINYAK : ASASI YANG DILACUR

Pengangkutan kenderaan awam : stesen monorail maharajalela (KLSCAH berhadapan stesen)

Pengangkutan sendiri : Exit Jalan Istana, Landmark Dewan Bahasa Pustaka, Hotel Midi

HADIRIN SEMUA DIJEMPUT HADIR

ZOOM MEDIA

Saifuddin mengalu-alukan himpunan mahasiswa untuk Malaysia esok
December 31, 2010

KUALA LUMPUR, 31 Dis — Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah mengalu-alukan penganjuran Himpunan Mahasiswa Untuk Malaysia yang berlangsung esok dan berharap ia berjaya menjadi pemangkin bagi memperkasakan gerakan mahasiswa negara dalam seluruh spektrum kehidupan termasuk politik.


baca selanjutnya di : sini



Timbalan menteri sokong himpunan pelajar 1.1.11
Dis 31,10  5:27


Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah mengalu-alukan penganjuran Himpunan Mahasiswa Untuk Malaysia yang berlangsung esok dan berharap ia berjaya menjadi pemangkin bagi memperkasakan gerakan mahasiswa negara dalam seluruh spektrum kehidupan termasuk politik.

Saifuddin berkata seruan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menganggap remaja sebagai 'rakan kongsi' kerajaan dilihat sebagai amat bersesuaian dengan dua keperluan besar dalam gerakan pembangunan mahasiswa. 
  

baca selanjutnya di sini 



Jumaat Disember 31, 2010 
Saifuddin Mengalu-alukan Himpunan Mahasiswa Untuk Malaysia Esok 
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah mengalu-alukan penganjuran Himpunan Mahasiswa Untuk Malaysia yang berlangsung esok dan berharap ia berjaya menjadi pemangkin bagi memperkasakan gerakan mahasiswa negara dalam seluruh spektrum kehidupan termasuk politik.

Saifuddin berkata seruan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menganggap remaja sebagai 'rakan kongsi' kerajaan dilihat sebagai amat bersesuaian dengan dua keperluan besar dalam gerakan pembangunan mahasiswa.


baca selanjutnya di sini





Saifuddin Abdullah ucap tahniah kepada Himpunan Mahasiswa

Dec 31, 2010 12:46:28 pm

         Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas penganjuran Himpunan Mahasiswa Untuk Malaysia 1.1.11 dan mendoakan ia berjaya menjadi katalis untuk memperkasa gerakan mahasiswa negara dalam seluruh spektrum kehidupan, termasuk politik.

       Perdana Menteri Mohd Najib Razak (gambar kiri) baru-baru ini menyatakan bahawa beliau menganggap remaja sebagai "rakan kongsi" kerajaan.  Seruan ini amat bersesuaian dengan dua keperluan besar dalam gerakan pembangunan mahasiswa.  Pertama, keperluan untuk memenuhi tiga permintaan asas mahasiswa, iaitu mahasiswa mahu suaranya didengar, mahasiswa mahu peranannya diiktiraf, dan mahasiswa mahu isu-isunya ditangani dengan cara yang berorientasikan mahasiswa.


baca selanjutnya di sini